Sep 25, 2025 - FASSelangor FC berjaya mendapatkan tiga mata pertama dalam saingan Piala Shopee ™ musim 2025/26 selepas menewaskan pasukan dari Singapura, Tampines Rovers FC dengan keputusan 4-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, semalam.
pemain pertahanan Tampines Roves, Shuya Yamashita, tertampan bola ke gawang sendiri semasa cuba menghadang percubaan Faisal Halim, sekaligus menghadiahkan gol pembukaan buat Selangor FC pada minit ke-18 perlawanan #SFCTRF. Zach Clough kemudian menambah jaringan pada minit ke-29 selepas menyudahkan hantaran tepat Chrigor Moraes. Tampines Rovers merapatkan jurang sebelum rehat apabila Koya Kozama menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.
Selepas separuh masa kedua bersambung, Zach Clough telah melorong hantaran kepada Faisal Halim, lalu meledak gol ketiga pada minit ke-54, menggegarkan Stadium MBPJ sorakkan para penyokong. Empat minit kemudian, Moraes sekali lagi mencipta peluang, kali ini untuk Alvin Fortes yang menambah jaringan pada minit ke-58. Tampines Rovers FC sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-65, namun, namun kemenangan memihak kepada skuad Gergasi Merah dengan keputusan 4-2.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, merasakan kemenangan ini menunjukkan pasukan berada di tahap mentaliti yang terbaik.
“Saya amat berbangga dengan para pemain kerana mereka berikan yang terbaik walaupun dengan jadual yang agak padat. Kemenangan ini membuktikan para pemain hadir dengan mentaliti yang terbaik untuk perlawanan semalam. Tiga mata ini semestinya amat bermakna untuk pasukan, terutamanya kerana kita dapat menentang pasukan hebat dalam kejohanan antarabangsa sebegini. Pengalaman ini akan menjadikan pasukan lebih kuat dan mereka telah berusaha kuat untuk berada di tempat ini. Kita akan terus bekerja keras bersama-sama bagi memastikan lebih banyak keputusan positif sepanjang musim ini,” tegas beliau.
Setakat ini, Selangor FC berjaya mengungguli carta Kumpulan A saingan Piala Shopee ™ musim 2025/26, berkongsi empat mata dengan BG Pathum United F.C. yang berada di tempat kedua, namun berbeza satu jaringan gol. Tampines Rovers FC tempat ketiga, Công An Hà Noi FC keempat, Buriram United F.C. kelima dan Cebu FC keenam.
Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan menghadiri kejohanan Piala Sultan Selangor 2025 sebagai skuad pilihan Selangor menentang pasukan pilihan Singapura pada hari Sabtu ini, 27 September jam 9 malam Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pihak pengurusan Selangor FC dan pasukan amat berterima kasih kepada 1,815 para penyokong yang hadir ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sokongan padu anda dalam terus berada di belakang pasukan bagi saingan Piala Shopee ™ musim 2025/26 semalam.
Baca kenyataan rasmi ASEAN United bagi perlawanan #SFCTRF di sini.
Demi Kebanggaan!